Tuesday, February 3, 2009

Hari Pertama di SK Sg Seluang (SKSS)

Tarikh:3.2.2009
Masa:7.15 pagi.

Kereta kancilku melangkah masuk ke pintu utama SKSS. Dengan langkah yang macho ala2 hero dalam filem "James Bond" aku memijak kaki ke planet baruku.Memang strategiku untuk sampai sebelum ketibaan Guru Besar. Ini ialah petua dari salah seorang dari Pegawai yang memberi taklimat kepadaku sewaktu menghadiri taklimat di IPSAH tempoh hari.Alhamdulillah, rancanganku berjaya.
Lebih kurang sepuluh minit menunggu di pejabat, kelibat GB kelihatan memasuki pejabat.Sebelum sempat aku menyapa, dia menghulurkan tangan tanda pengenalan.Setelah memperkenal diri, aku dipelawa ke biliknya.Melalui perbualan dengan beliau aku dapat rasakan bahawa beliau agak tegas orangnya.Tanpa diduga, SKSS pada tahun ini bukan sahaja menerima seorang guru j-qaf malah 2 orang.Alhamdulillah, rupanya aku berteman.Syukur pada Allah.
Setelah selesai diberi taklimat ringkas dan diperkenalkan kepada beberapa orang guru, kami guru baru j-qaf diarahkan untuk masuk ke kelas. Walaupun menurut apa yang kami diberitahu, minggu pertama kami tidak perlu memasuki kelas kerana kami diminta menyiapkan tugasan dalam Minggu Orientasi Sekolah (MOS).Walaubagaimanapun, peluang untuk memasuki kelas bersama GPI amat memberi makna kerana kami tidak perlu lagi meminta kebenaran untuk membuat MOS dari GPI.

Taklifan Pertama

Hari ini juga telah diadakan perjumpaan J-qafan di SKSS berkenaan Kem Bistari Solat (KBS) dan KBS yang pertama akan dijalankan pada hari Sabtu (7.2.2009) dan taklifan pertama aku ialah sebagai AJK Dokumentasi a.k.a fotographer untuk hari berkenaan.Semoga pengalaman pertama menjalankan KBS ini akan memberikan pengetahuan dan ilmu yang baru dalam kehidupan aku sebagai pendidikan.

No comments:

Post a Comment