Saturday, October 15, 2011

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Bermula pada hari ini(16/10/2010) sehingga hari Khamis (20/10/2010)SKSS akan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan ini akan menguji sejauh mana murid-murid dapat menguasai ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang sesi persekolahan 2011.Adalah menjadi harapan semua guru SKSS agar murid-murid SKSS khasnya dan seluruh warga murid di Malaysia amnya dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang tahun 2011.Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi akan diberkati oleh Allah SWT.
Ingatlah murid-murid,pepatah Arab ada menyebut "Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah".Maka,jadilah pokok yang berbuah yang dapat menghadiahkan manusia kemanisan dan keenakan buah yang anda hasilkan.
Kepada rakan-rakan guru seperjuangan,ingatlah "Sesungguhnya ilmu yang baik yang disampaikan kepada orang lain sekiranya diamalkan oleh orang itu,maka pahala orang yang menyampaikannya adalah sama dengan orang yang mengamalkannya.Begitulah sebaliknya"

Sekian...

Monday, October 10, 2011

KEM AKIL BALIGH 2011

Alhamdulillah..anak-anak di tahun enam telah selesai menduduki peperiksaan UPSR yang merupakan peperiksaan terbesar bagi mereka setakat ini. Mudah-mudahan segala usaha mereka sepanjang berada di sekolah rendah akan berbalas ketika menerima keputusan nanti.
Sekarang adalah waktu "HONEYMOON" bagi mereka. Biarpun mereka tidak lagi perlu bertungkus lumus membuat ulangkaji dan latihan di dalam kelas,namun masa yang terluang perlu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Seperti tahun-tahun sebelum ini,pihak-pihak bertanggungjawab telah pun merangka aktiviti wajib yang perlu diatur oleh pihak sekolah kepada murid-murid "honeymoon" ini.
Pada minggu ini,guru-guru agama dan j-QAF SKSS begitu sibuk melaksanakan Kem Akil Baligh.Di dalam kem ini,pelbagai slot telah disusun antaranya Slot Bersuci,Slot Tayammum,Slot Mandi Hadas dan juga Slot Solat Jenazah. Tidak lupa juga Slot Jawi dan beberapa slot lain.
Alhamdulillah dengan komitmen dan usaha keras pihak yang bertanggungjawab maka terlaksanalah jua apa yang telah dirancang.

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BAHAN-BAHAN KEM AKIL BALIGH YANG TELAH SAYA SIAPKAN SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU.
ANDA BOLEH DOWNLOAD JIKA PERLU.

SLIDE SOLAT JENAZAH
SLIDE INZAR KEMATIAN