Friday, December 7, 2012

TAZKIRAH 2 MINIT:Mengapa Saya...

Assalamualaikum. Mengapa seorang murid perlu berpenat lelah belajar?? Mengapa ibu kepenatan menjaga anak-anak di rumah?. Mengapa guru bertungkus-lumus mendidika anak-anak murid di sekolah?. Mengapa polis bermatian-matian menumpaskan jenayah?. Mengapa doktor bersunguh-sungguh merawat pesakit?. Mengapa seorang suami amat mencitai isterinya?. Mengapa seorang ibu mengasihi anak-anaknya?. Mengapa seorang sahabat merindui sahabatnya?. INGATLAH! APA JUA SEBABNYA JIKA BUKAN KERANA ALLAH PASTI KITA AKAN MERASAI PENAT,LELAH,SEDIH,KECEWA,PUTUS ASA DAN MACAM-MACAM LAGI. TETAPI JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH........ KITA AKAN MERASA KESERONOKAN DAN KEMANISAN SETIAP PERBUATAN KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. LATIH DIRI UNTUK BERAMAL KERANA ALLAH.

Tuesday, December 4, 2012

Tazkirah 2 Minit: 20 ke 8?

Assalamualaikum. Kuliah Maghrib tadi membincangkan isu Rakaat Solat Sunat Tarawih.Rupanya isu jumlah rakaat Solat Sunat Tarawih sampai sekarang tak habis-habis dibahaskan. Saya ambil pendekatan mudah... 20 ke 8 ke semuanya ada dalil dan nas.Sebagai hamba yang taat,lakukanlah berapa pun yang anda mampu.