Tuesday, September 11, 2012

TAZKIRAH 2 MINIT (TAZKIRAH BUMI KEPADA MANUSIA)

Salam, Kubur adalah tempat persinggahan pertama sebelum manusia melangkah masuk ke alam akhirat. Setiap hari,tidak kurang dari 5 kali BUMI akan menyeru MANUSIA dengan 5 SERUAN: 1.Wahai Anak Adam!Hari ini kamu berjalan di atas belakangku, namun kelak kamu akan berada di dalam perutku. 2.Wahai Anak Adam!Hari ini kamu makan bermacam-macam di belakangku, namun kelak kamu akan di makan oleh ulat-ulat di dalam perutku. 3.Wahai Anak Adam!Hari ini kamu ketawa di atas belakangku, namun kelak kamu akan menangis di dalam perutku. 4.Wahai Anak Adam!Hari ini kamu bergembira di atas belakangku, namun kelak kamu akan bersedih di dalam perutku. 5. Wahai Anak Adam!Hari ini kamu berbuat dosa di atas belakangku, namun kelak kamu akan diazab di dalam perutku.

Monday, September 10, 2012

TAZKIRAH 2 MINIT (NOW EVERYONE CAN SEDEKAH!)

Salam, Tadi saya sempat mendengar kuliah maghrib tentang Hadis 40. Perbahasan tentang Hadis ke 25. Kesimpulan: Tahmid (Alhamdulillah) Tasbih (SubhanalLah) Takbir (Allahu Akbar) dan juga "bersama" dengan suami/isteri adalah merupakah sedekah di sisi Allah. Lagi banyak kita ungkapkan kalimah-kalimah tersebut bermakna semakin banyaklah sedekah kita.Peluang kepada yang tidak berupaya bersedekah harta benda dan wang ringgit. Ingat!!Sabda RasululLah SAW "Setiap perkara yang ma'ruf(baik) adalah sedekah di sisi Allah". Jadi,tiada alasan untuk tidak melakukan SEDEKAH kerana ia merupakan pelaburan dunia dan akhirat.

Sunday, September 9, 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

Salam, Esok merupakan hari pertama PEPERIKSAAN UPSR bagi tahun 2012. Dalam kesempatan ini,sy ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR khusus kepada anak-anak di tahun 6 Sk Sungai Seluang. Semoga dipermudahkan usaha kalian dan berjaya memperolehi 5A.