Wednesday, December 30, 2009

Menunggu Saat Praktikum

Praktikum...suatu istilah yang membuatkan sesetengah orang tak lelap tidur.Gembira, berdebar,dan macam2 perasaan yang tersarang di dalam hati. Siapa pun pasti merasai perasaan ini.Namun, apa yang paling penting ialah Buat Yang Terbaik!

Wednesday, December 16, 2009

Kursus Dalam Cuti..

Seperti biasa, ketika orang lain bergembira mengisi cuti sekolah aku dan rakan2 seperjuangan j-Qaf intake Jan 2009 sibuk mengisi masa cuti kami di IPSAH. Kelas bermula 22/11 dan tamat pada 14/12. Satu tempoh yang agak lama bagi orang yang sedang kempunan bercuti bersama keluarga. Alhamdulillah, setelah berpenat lelah bertapa di lembah ilmu IPSAH akhirnya semua selesai. Kelas diakhiri dengan Mikro Teaching. Punyala bimbang tp semuanya berakhir dengan baik.
Bermula 17 Jan 2010 aku dan rakan2 akan memulakan praktikum.Satu lagi cabaran bersaq yang mesti kami tempuh untuk bergelar guru terlatih.Dengan semangat juang tinggi serta dorongan dari para pensyarah InsyaAllah kami akan hadapi dengan penuh keyakinan.


Zohir (Kiri) Aziz (Tengah) dan Aku sedang menyiapkan assignment yang diberikan.Sambil2 buat kerja sempat lagi pekena teh ais mamak.;)

Thursday, October 1, 2009

Macam baru dilahirkan..

Dah lebih setengah tahun aku tak menulis dalam blog ni.Fuh!kekangan masa dan kemudahan membuatkan aku makin melupakan blog yang tak seberapa ni.Hari ini, kebetulan aku menjengah ke cc sempat juga aku menulis.
By the way, setelah hampir setahun aku berkelana di permukiman j-Qaf, aku rasakan ianya mmg sesuai dengan aku.Sungguhkan berhadapan dengan murid2 yang agak superhero dalam kelas, namun ianya kadangkala menghiburkan hati.Telatah dan karenah mereka kadang2 membuatkan aku tersenyum sendiri.
Rakan2, doakan aku tabah dengan segala cabaran di dalam bidang ini.Amin!

Saturday, February 21, 2009

Wah!Sibuknya aku..

Sedar tak sedar dah lama aku tak mengupdatekan blog aku ni.Bukan aku tak nak tapi masa tak mengizinkan.Al-maklumlah jarak antara rumah aku dengan cc bukannya dekat.Semalam aku bercadang nak ke cc tapi tetiba aku dijemput pula untuk ke majlis kenduri kesyukuran akak aku.Berat hati untuk menolak.Jadi, aku dengan akak aku yang sorang lagi pergi juga ke majlis tersebut.Dalam perjalanan pulang, kami terus ke SP membawa anak2 bersiar2 di Taman Jubli.Meriah sungguh suasana hujung minggu di situ.Sebelum pulang ke rumah, kami singgah sebentar di rumah abang aku yang jarak rumahnya dengan TJ tak sampai sekilo perjalanan.Bila dah bertemu, anak aku dan sepupunya bukan main gembira lagi sehinggakan plan asal kami untuk menziarah kurang dari setengah jam bertukar menjadi hampir 2 jam.Walau bagaimana pun, itulah kesempatan masa yang kami ada untuk mengeratkan hubungan mereka sesama sepupu.Dalam perjalanan pulang, sebelum sampai ke rumah akak aku kami singgah menziarah emak dan ayah.Bukan main gembira lagi mereka bertemu dengan cucu2 mereka terutamanya anakku, Najihah yang hampir seminggu lebih tidak bertandang ke rumah tok dan tok wan dia. Tepat jam 9.15 malam dengan penuh penat dan lelah kami pulang.Aku dan isteri singgah di rumah akak aku mengambil kereta sebelum meluncur terus pulang ke rumahku.Setian di rumah, Najihah yang seharian tidak tidur terus melelapkan mata setelah diayun dalam buaian beberapa minit.Mungkin dia kepenatan bermain dengan sepupunya seharian.

Hampir terlupa!

Kisah kelas ganti yang aku janjikan...
Seawal pagi aku ke sekolah last week, aku terus menuju ke dewan meninjau kedudukan kerusi yang aku dan rakan2 susunkan sebelum pulang hari khamis lepas.Nampaknya semua terkawan.Yang sedikit terganggu adalah bahan pameran.Semuanya akibat tiupan angin kencang.Apa pun, semua program pada hari tersebut berjalan lancar.Syukur Alhamdulillah.

Kelas?
Aku dan Husna terpaksa ambil alih kelas 1 Kreatif kerana Us.Ridwan terpaksa menjadi pembaca doa dalam satu majlis rasmi di sekolah.Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Oh ya!minggu lepas juga sekolah mengadakan sukaneka.So, dalam post seterusnya nanti aku akan tempelkan gambar2 sekitar sukaneka sekolah.Watch out!

Thursday, February 12, 2009

Minggu Pertama Di SKSS

Hari ini (12/2) merupakan hari terakhir minggu pertama aku memulakan tugas mengajar.Walaupun minggu lepas aku mula mendaftar diri,namun minggu ini baru bermula tugasku mengajar.Kisah hari pertama mengajar telah aku tulis.Pada tulisan kali ini, aku ingin merangkumkan semua kisah sepanjang minggu ini.
Minggu ini agak memenatkan kerana tubuh dan mindaku baru belajar2 membiasakan diri dengan kerja PnP.Ditambah pula dengan terpaksa melaksanakan TASMIK.Walau bagaimanapun.Sepanjang minggu ini,aku habiskan dengan penuh rasa gembira.Walaupun pada haru Selasa (10/2) aku mengalamai demam dan sakit tekak yang agak teruk.Namun, semua itu tidak mematahkan semangatku.Tambahan pula aku diamanahkan sebagai AJK Tempat untuk Program Buku Skrap (kalo tak silap aku) yang akan dijalankan pada Sabtu (14/2) depan dan juga AJK Dokumentasi untuk Hari Sukan (19/2) nanti telah menyuntik semangatku untuk terus berbakti pada SKSS.Semoga Allah memberikan kekuatanku untuk meneruskan perjuangan ini.

Next Posting...Kelas Ganti Sabtu (14/2/09)

Sunday, February 8, 2009

Kelas Pertamaku di SKSS

Salam,
Hari ini (8.2.2009) merupakan hari pertama aku mengajar budak-budak di SKSS.Sungguhpun sudah beberapa hari aku menjadi ahli keluarga SKSS, namun baru hari ini tugasku sebagai guru j-Qaf aku laksanakan.Di dalam jadual, pada jam 7.45 pagi, aku ditugaskan mengajar pelajar tahun 1 Cekal.Namun disebabkan rombakan kelas, aku memulakan tugaskan pada jam lebih kurang 8.50 pagi.Pelajar pertamaku hari ini ialah dari kelas 1 Kreatif.Mereka terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki.Lokasi pengajaranku yang pertama ialah pondok bacaan.Ini kerana, kesemua tempat di dalam surau telah digunakan.Sungguhpun suasana PnP tidak selesa, tugas tetap aku laksanakan.Perancanganku untuk kelas ini ialah menyediakan Papan Putih bergerak.InsyaAllah, next class akan berjalan dengan lebih baik.

Friday, February 6, 2009

Kem Bistari Solat (KBS) kali pertama.

KBS merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh guru-guru j-Qaf. Kem ini merupakan medan yang begitu baik dalam mendidik para pelajar untuk solat dengan sempurna.
Hari ini (7.2.2009), SKSS telah melaksanakan KBS yang pertama dengan jayanya.Kem dimulakan tepat jam 8.15 pagi di mana para pelajar tahun 1 dikumpulkan di dalam surau sebelum diberikan taklimat lebih kurang satu jam oleh Ustazah Noraini.

-----Gambar akan disertakan nanti----

Lebih kurang jam 10.00 pagi, para pelajar dipecahkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan tersebut akan dibimbing oleh para fasilitator yang terdiri daripada guru-guru j-Qaf,guru-guru lain dan para pelajar dari sekolah menengah sekitar Kulim. Seterusnya mereka diberi jamuan pagi di kantin sekolah.

---------gambar-----------

Selesai Makan, para pelajar memulakan aktiviti mereka iaitu belajar mengambil wuduk'.Para pelajar dibimbing oleh para fasilitator.

-----Gambar----

Pada jam lebih kurang 11.00 pagi, pelajar sekali lagi dikumpulkan di dalam surau bersama fasi masing-masing untuk sesi LDK.Seterusnya pada jam 11.15,para pelajar diberikan taklimat terakhir.

---------gambar---------

Jam 12.00 tengahari, KBS kali pertama selamat disempurnakan dengan jamuan tengahari.

----gambar-----

Lebih kurang jam 12.30, semua peserta dan fasi bersurai.

Tuesday, February 3, 2009

Alhamdulillah...Urusan Perjanjian dah selesai.

Semalam (2.2.2009) aku memulakan pagi dengan penuh semangat.Setelah gagal menyempurnakan misi aku kemarin,semalan menjadi dateline keduaku untuk menghantar Perjanjian Perguruanku ke IPSAH. Mujurlah dapat juga aku meminta belas ehsan dari Cikgu Ahmad Bin Jahaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan untuk menjadi saksi kepada penjamin. Setelah bertungkus lumus mengisi segala maklumat berkaitan (terpaksa mengisi borang di dalam masjid), akhirnya pada jam lebih kurang 4.15 petang borang perjanjianku selamat diterima oleh pihak HEP.

Sekalung penghargaan kepada Cikgu Mat dan pihak masjid kerana membantu.

Hari Pertama di SK Sg Seluang (SKSS)

Tarikh:3.2.2009
Masa:7.15 pagi.

Kereta kancilku melangkah masuk ke pintu utama SKSS. Dengan langkah yang macho ala2 hero dalam filem "James Bond" aku memijak kaki ke planet baruku.Memang strategiku untuk sampai sebelum ketibaan Guru Besar. Ini ialah petua dari salah seorang dari Pegawai yang memberi taklimat kepadaku sewaktu menghadiri taklimat di IPSAH tempoh hari.Alhamdulillah, rancanganku berjaya.
Lebih kurang sepuluh minit menunggu di pejabat, kelibat GB kelihatan memasuki pejabat.Sebelum sempat aku menyapa, dia menghulurkan tangan tanda pengenalan.Setelah memperkenal diri, aku dipelawa ke biliknya.Melalui perbualan dengan beliau aku dapat rasakan bahawa beliau agak tegas orangnya.Tanpa diduga, SKSS pada tahun ini bukan sahaja menerima seorang guru j-qaf malah 2 orang.Alhamdulillah, rupanya aku berteman.Syukur pada Allah.
Setelah selesai diberi taklimat ringkas dan diperkenalkan kepada beberapa orang guru, kami guru baru j-qaf diarahkan untuk masuk ke kelas. Walaupun menurut apa yang kami diberitahu, minggu pertama kami tidak perlu memasuki kelas kerana kami diminta menyiapkan tugasan dalam Minggu Orientasi Sekolah (MOS).Walaubagaimanapun, peluang untuk memasuki kelas bersama GPI amat memberi makna kerana kami tidak perlu lagi meminta kebenaran untuk membuat MOS dari GPI.

Taklifan Pertama

Hari ini juga telah diadakan perjumpaan J-qafan di SKSS berkenaan Kem Bistari Solat (KBS) dan KBS yang pertama akan dijalankan pada hari Sabtu (7.2.2009) dan taklifan pertama aku ialah sebagai AJK Dokumentasi a.k.a fotographer untuk hari berkenaan.Semoga pengalaman pertama menjalankan KBS ini akan memberikan pengetahuan dan ilmu yang baru dalam kehidupan aku sebagai pendidikan.

Friday, January 30, 2009

Perjanjian...

Sehingga hari ini, aku masih belum dapat menyelesaikan urusan berkenaan Perjanjian Perguruan. Bukan senang nak dapatkan saksi untuk penjamin 1 dan 2. Nampaknya, aku harus mengambil Ummie Shabibah (tutor di IPSAH) sebagai saksi.Mujurlah aku sudah mendapat persetujuannya semalam.Hari Ahad nanti aku akan berjumpa dengan dia dan selesaikan urusan ini dengan segera.Tinggal 4 hari lagi untuk menyerahkannya.Fuh!

Saturday, January 24, 2009

Sekitar Minggu Taklimat Pertama

Tarikh : 19-22 Januari 2009
Tempat : Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah
Masa : 7.30 Pagi - 4.30 Petang.

Sepanjang lebih kurang 4 hari menjalani taklimat dari pihak IPSAH,PPD dan JPN pelbagai maklumat yang mengembirakan dan menggerunkan yang kami perolehi. Bermula dengan penerimaan tugasan (assignment) yang bertimbun2 dan diakhiri dengan sesi penerimaan Memo yang cukup mendebarkan memberikan gambaran bahawa dunia perguruan merupakan dunia yang penuh dengan cabaran. Persediaan mental dan fizikal amatlah perlu diperkemaskan bagi mengharungi "pengembaraanku" yang penuh dengan onak dan duri.Apa pun cabaran yang akan ditempuhi, sudah pasti diakhir nanti tersedia habuan yang amat lumayan.Habuan yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa kepada mereka yang berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.Ya Rabb, bantulah aku!


Dalam post kali ini, aku sisipkan beberapa gambar yang aku petik dari blog Ust. Musa Jayyid dan blog Ust. Amir









Gambar2 ini diambil ketika sesi Taklimat Bersama PPD dan JPN

Assalamualaikum.

Ahlan Wa Sahlan kepada anda yang mengikuti perkembangan kembara j-QAFku ini.
Islam menyeru umatnya agar berhijrah kerana hijrah itu adalah sunnah RasululLah SAW. Maka, hari ini aku jua mengikuti jejak baginda melakukan hijrah. Hijrahku bukanlah berpindah dari satu tempat ke tempat yang baru, sebaliknya hijrahku ialah perpindahan dari alam "kerja sendiri" ke alam "makan gaji". Tempat baruku ini bukan sahaja penuh dengan cabaran dan dugaan malah turut tersedia "nikmat" yang amat banyak.Aku andaikan tempat baruku ini sebagai lubuk mencari pahala.InsyaAllah.Doakan kejayaanku duhai teman!