Monday, March 26, 2012

MTQ PERINGKAT PKG PADANG SERAI 2012

Salam,
Alhamdulillah berakhir sudah MTQ Peringkat PKG Padang Serai bagi tahun 2012.Seperti tahun lepas, SK Sungai Seluang telah menjadi tuan rumah bagi acara tersebut.Pada tahun ini,semua acara dijalankan di waktu petang berbanding tahun lepas.Sungguh memenatkan.Namun,di atas komitmen yang begitu tinggi dari semua sekolah di dalam PKG ini, penat lelah para ustaz ustazah terubat dengan keputusan yang telah diterima.
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya dan kepada sekolah-sekolah yang tidak berjaya,perjuangan masih belum selesai.
Selaku tuan rumah,saya mewakili rakan-rakan dari SK Sungai Seluang memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesulitan sepanjang acara berlansung.
Kepada rakan-rakan yang terpilih menjadi hakim di dalam MTQ Peringkat Daerah KBB,tahniah diucapkan dan selamat berjumpa lagi di sana pada 31 Mac 2012 di SK Taman Kenari dan SMK Taman Kenari.

Wassalam

No comments:

Post a Comment