Tuesday, March 27, 2012

KENAPA KITA GAGAL?


Salam,
Antara sebab kenapa kita sering gagal ialah:

1.Tiada matlamat - Ramai orang yang membuat sesuatu tanpa meletakkan sebarang matlamat.Contoh:Setiap hari murid-murid datang ke sekolah.Namun berapa ramai murid yang bertanya kepada dirinya sendiri, "Apa matlamat aku belajar?" setidak-tidaknya dia harus bertanya kepada dirinya, "Apa matlamat aku datang ke sekolah pada hari ini?"

2. Niat yang salah - Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan NIAT". Maka, apakah niat kita datang ke sekolah?Mungkin ramai murid yang niat datang ke sekolah untuk menuntut ilmu.Namun,pernahkan kita terfikir apa guna ilmu kepada kita?Sebenarnya,apa jua yang kita lakukan mestilah kerana Allah.Kita belajar untuk menuntut ilmu.Ilmu yang kita perolehi itu tujuannya ialah untuk mendekatkan kita kepada Allah.

3. Tidak Istiqomah - Istiqomah merupakan antara kunci kepada kejayaan. Istiqomah merupakan gambaran kepada sikap tidak mudah putus asa seseorang.Bayangkan bagaimana pencipta mentol lampu terkenal yang berjaya menghasilkan mentol yang berfungsi selepas mencubanya sebanyak 999 kali?Cuba bayangkan pula jika beliau tidak istiqomah dalam usahanya.Adakah dia mampu menghasilkan mentol tersebut?

Mari sama2 kita renungkan....

No comments:

Post a Comment