Tuesday, March 1, 2011

Permainan Sepak Takraw



Saya adalah peminat sepak takraw tegar.Esok saya mengiringi pemain-pemain sepak takraw SKSS ke pertandingan.Jadi,saya berkongsi maklumat tentang permainan ini.

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak
diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik.

Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya lebih diterima di peringkat antarabangsa.

BAGAIMANA SEPAK TAKRAW DIMAINKAN

Sepak takraw dimainkan dengan menyepak atau menanduk bola untuk melepasi jaring dan masuk ke gelanggang lawan. Pemain menggunakan kaki untuk menyepak, merejam atau mengawal bola. Kepala pula digunakan untuk menanduk atau mengawal bola. Anggota badan seperti bahu, dada dan peha juga boleh digunakan dalam permainan ini, kecuali tangan. Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu pemain yang berada di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili oleh tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain sahaja. Matlamat permainan sepak takraw ini ialah setiap regu akan berusaha mematikan bola di gelanggang lawan sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.

PERATURAN PERMAINAN
1 Tiga Sentuhan
Apabila menerima bola daripada pihak lawan, pemain memainkan bola sebanyak tiga kali sentuhan sebelum dihantar semula ke gelanggang lawan. Sentuhan yang biasa dilakukan adalah seperti berikut
(a) Sentuhan pertama – mengawal bola
(b) Sentuhan kedua – mengumpan
(c) Sentuhan ketiga – rejaman

2 Sepakan Servis

3 Kesalahan Pemain

4 Kiraan Mata

Servis oleh tekong dilakukan bagi meneruskan permainan untuk mengutip mata. Bola yang diservis mesti melepasi jaring walaupun menyentuh bahagian atas jaring dan hendaklah lepas memasuki gelanggang lawan. Semasa servis dilakukan, tekong dan kedua-dua pemain apit tidak dibenarkan memijak garisan tepi atau bulatan.

Menyentuh jaring ketika permainan berjalan, adalah satu kesalahan. Mata atau servis akan diberikan kepada pihak lawan,
jika perkara ini berlaku. Setiap permainan dimainkan dalam dua pusingan. Jika kedudukan perlawan seri (1-1), permainan diteruskan dalam pusingan ketiga (rubber set). Skor atau mata bagi setiap pusingan dikira dalam 21 mata.

Salah satu kesalahan yang perlu dielakkan tekong ialah memijak garisan bulatan semasa membuat servis.

5 Pertukaran Gelanggang
Pertukaran gelanggang akan dilakukan bagi setiap pusingan. Jika berlaku permainan atau kedudukan mata seri 1-1, permainan diteruskan dalam pusingan ketiga. Dalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai lapan mata, pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiraan mata kemudian diteruskan sehingga ke mata penamat.

sumber

No comments:

Post a Comment