Assalamualaikum.
Sekian lama saya mendiamkan diri dari dunia blog,hari ini terdetik di hati untuk menulis.Lama saya menyepi bukan kerana merajuk,bukan kerana kecewa,bukan kerana sesiapa cuma kerana kesibukan dengan kerja-kerja lain.Mungkin juga kerana alam baru yang saya ceburi.
Apa pun sebabnya,biarlah saya simpan di dalam kocek sanubari saya.
Ok..saya mulakan coreta yang julung-julung kalinya di tahun 2012 dengan kisah yang menyedihkan.Saya yakin,kisah sedih ini bukan sahaja dirasai oleh saya seorang,malah ramai lagi rakan-rakan saya turut merasainya.
Tanggal 19/1/2012 tepat jam 11.00 pagi,saya menerima SMS dari rakan saya,Cikgu Rudy yang menyatakan perginya seorang sahabat kami menemui Maha Pencipta.SMS berbunyi "Nazeri meninggal tadi sesak nafas".Saya begitu tersentak,mana taknya, sejam sebelum itu sayalah orang yang bersama-sama isteri Allahyarham menunggu Bahagian Kecemasan Hospital Kulim. Namun,semuanya telah tertulis,saya terpaksa pulang untuk menghantar anak ke PASTI. Ingin benar saya bertemu dengan Allahyarham bertanya khabar beliau.Namun,Allah tidak mengizinkan saya bertemu dengan Allahyarham dalam keadaan beliau masih bernyawa.
Jam 11.45 pagi barulah saya dapat bergerak menuju ke hospital untuk menziarahi Allahyarham buat kali terakhir.Sejurus sampai di hospital,saya menerpa ke wad 8 di mana mayat Allahyarham ditempatkan. Tiba di sana,saya merapati katil jenazah. Para jururawat membukakan ikatan yang membaluti jasad kaku Allahyarham. Saya tatap wajah Allahyarham lalu saya tadahkan tangan berdoa.Moga Allah hapuskan segala dosa beliau.Moga Allah tempatkan beliau di sisi para anbia dan solihin.
Apa pun,yang pergi tetap akan pergi.Perjuangan mendidik anak bangsa akan diteruskan.Mudah-mudahan,tahun 2012 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri saya,keluarga,sahabat,warga SKSS serta seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.
Amin...