Bermula pada hari ini(16/10/2010) sehingga hari Khamis (20/10/2010)SKSS akan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan ini akan menguji sejauh mana murid-murid dapat menguasai ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang sesi persekolahan 2011.Adalah menjadi harapan semua guru SKSS agar murid-murid SKSS khasnya dan seluruh warga murid di Malaysia amnya dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang tahun 2011.Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi akan diberkati oleh Allah SWT.
Ingatlah murid-murid,pepatah Arab ada menyebut "Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah".Maka,jadilah pokok yang berbuah yang dapat menghadiahkan manusia kemanisan dan keenakan buah yang anda hasilkan.
Kepada rakan-rakan guru seperjuangan,ingatlah "Sesungguhnya ilmu yang baik yang disampaikan kepada orang lain sekiranya diamalkan oleh orang itu,maka pahala orang yang menyampaikannya adalah sama dengan orang yang mengamalkannya.Begitulah sebaliknya"
Sekian...
Saturday, October 15, 2011
Monday, October 10, 2011
KEM AKIL BALIGH 2011
Alhamdulillah..anak-anak di tahun enam telah selesai menduduki peperiksaan UPSR yang merupakan peperiksaan terbesar bagi mereka setakat ini. Mudah-mudahan segala usaha mereka sepanjang berada di sekolah rendah akan berbalas ketika menerima keputusan nanti.
Sekarang adalah waktu "HONEYMOON" bagi mereka. Biarpun mereka tidak lagi perlu bertungkus lumus membuat ulangkaji dan latihan di dalam kelas,namun masa yang terluang perlu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Seperti tahun-tahun sebelum ini,pihak-pihak bertanggungjawab telah pun merangka aktiviti wajib yang perlu diatur oleh pihak sekolah kepada murid-murid "honeymoon" ini.
Pada minggu ini,guru-guru agama dan j-QAF SKSS begitu sibuk melaksanakan Kem Akil Baligh.Di dalam kem ini,pelbagai slot telah disusun antaranya Slot Bersuci,Slot Tayammum,Slot Mandi Hadas dan juga Slot Solat Jenazah. Tidak lupa juga Slot Jawi dan beberapa slot lain.
Alhamdulillah dengan komitmen dan usaha keras pihak yang bertanggungjawab maka terlaksanalah jua apa yang telah dirancang.
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BAHAN-BAHAN KEM AKIL BALIGH YANG TELAH SAYA SIAPKAN SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU.
ANDA BOLEH DOWNLOAD JIKA PERLU.
SLIDE SOLAT JENAZAH
SLIDE INZAR KEMATIAN
Sekarang adalah waktu "HONEYMOON" bagi mereka. Biarpun mereka tidak lagi perlu bertungkus lumus membuat ulangkaji dan latihan di dalam kelas,namun masa yang terluang perlu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Seperti tahun-tahun sebelum ini,pihak-pihak bertanggungjawab telah pun merangka aktiviti wajib yang perlu diatur oleh pihak sekolah kepada murid-murid "honeymoon" ini.
Pada minggu ini,guru-guru agama dan j-QAF SKSS begitu sibuk melaksanakan Kem Akil Baligh.Di dalam kem ini,pelbagai slot telah disusun antaranya Slot Bersuci,Slot Tayammum,Slot Mandi Hadas dan juga Slot Solat Jenazah. Tidak lupa juga Slot Jawi dan beberapa slot lain.
Alhamdulillah dengan komitmen dan usaha keras pihak yang bertanggungjawab maka terlaksanalah jua apa yang telah dirancang.
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BAHAN-BAHAN KEM AKIL BALIGH YANG TELAH SAYA SIAPKAN SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU.
ANDA BOLEH DOWNLOAD JIKA PERLU.
SLIDE SOLAT JENAZAH
SLIDE INZAR KEMATIAN
Wednesday, August 3, 2011
RAMADHAN DAN NASI KERABU KELANTAN
Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan.Mengajar manusia 1001 sifat kehambaan.Ramadhan juga medan umat manusia melakukan 3 servis utama iaitu SERVIS AKIDAH,SERVIS AKHLAK DAN SERVIS KESIHATAN kepada tubuh-tubuh manusia yang mengenal Allah.
Alhamdulillah..di dalam kesibukan menghidupkan Ramadhan,tahun ini saya sempat bersama isteri mengambil peluang berniaga.Setelah berbincang dengan isteri,maka keluarlah idea untuk menjual NASI KERABU KELANTAN.Iaitu makanan kegemaran isteri saya yang sememangnya orang Kelantan.
Dengan sedikit modal yang ada,saya dan isteri memulakan perniagaan pada hari pertama puasa iaitu 1 Ogos 2011.Lokasinya hanya di tepi jalan di kawasan perumahan Taman Mahsuri,Padang Serai.Sesiapa yang nak rasa boleh la singgah-singgah kat gerai saya tu.
Apa pun,peringatan buat diri saya dan anda juga.Dalam kesibukan mengejar dunia,kejarlah juga akhirat kerana amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan akan diberikan pahala fardu.Manakala amalan fardu akan dilipatgandakan pahala.
Wednesday, July 13, 2011
Pertandingan Bola Sepak Bawah 10 dan 11 Daerah Kulim Bandar Baharu
Salams,
Minggu ini berlansungnya 2 perlawanan bola sepak yang melibatkan SK Sungai Seluang.Pada 11/7 SKSS telah menghantar wakilnya ke pertandingan bola sepak bawah 10 yang dilansungkan di padang SK Sungai Kob (dekat je dengan Nasi Ayam Periuk Besar.Pertandingan ini disertai oleh lebih 14 buah sekolah seluruh daerah Kulim Bandar Baharu.SKSS Sungai Seluang gagal melepasi pusingan peringkat kumpulan dan terpaksa akur dengan kemenangan SK Kulim dalam sepakan penalti.
Pada 13/7, SKSS sekali menghantar wakil ke pertandingan bola sepak bawah 11 yang turut diadakan di SK Sungai Kob.Sebanyak 28 pasukan telah menghantar wakil masing-masing.Pada kali ini,SKSS diletakkan dalam kumpulan F bersama dengan SK Terap,SK Gunung Bongsu dan SK Sungai Taka.SKSS berjaya membelasah SK Terap dengan kemenangan 1-0 sebelum seri dengan SK Sg Taka 1-1 sebelum tewas di tangan SK Gunung Bongsu 1-0.Sekali lagi,SKSS gagal melepasi peringkat kumpulan dengan hanya menduduki tempat 3 kumpulan.Walau bagaimana pun,sekalung tahniah buat para pemain dan jurulatih (Cikgu Rudy) di atas kesungguhan beliau mempersiapkan pasukan SKSS pada tahun ini.Sungguhkan berhadapan dengan kekalahan pasukan bawah 10 dan 11, SKSS tetap berbangga dengan kemenangan sebagai JOHAN peringkat PKG bagi pasukan bawah 12 awal tahun ini.
Seperti biasalah..penulis hanya dapat menyumbangkan tenaga sebagai pemandu atau dengan nama yang lebih glamour GURU PENGIRING.
Sunday, July 3, 2011
Data sini sana
Salam,
Tersingkapnya tirai semester kedua persekolahan tahun ini, semua guru sibuk menyiapkan data.Bermula dari Data Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan yang terkini DATA DGPI.Menyiapkan data bukanlah sesuatu yang mudah.Namun,tugas tetap tugas.Seberat mana pun tugas yang dipikul bukanlah penghalang dari mengabaikan amanah.Persetankan soal rasional,soal kenapa dan soal mengapa yang sering bermain di dalam kotak pemikiran kita.Yang penting, kerja mesti BERES.
Monday, June 27, 2011
Salams
Detik bertukar saat,saat bertukar minit,minit bertukar jam,jam bertukar hari,hari bertukar minggu,minggu bertukar bulan.....
Begitulah lamanya saya tak meng"update" blog ini.Dalam tempoh yang begitu panjang pelbagai peristiwa pahit dan manis telah tercorek pada lembaran diari kehidupan saya.
Saat menyedihkan bermula dengan sms yang diterima pada 15 Mei 2011 jamp 6.45 petang.Berita mengejutkan itu mengkhabarkan perginya seorang sahabat lama saya di Universiti Malaya dulu ke rahmatullah.Dikhabarkan bahawa beliau meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dideritainya 2 tahun lebih.Innalillah wa inna ilaihi rojiun.Tiada apa yang aku mampu katakan selain dari mendoakan agar rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang soleh.
Detik bertukar saat,saat bertukar minit,minit bertukar jam,jam bertukar hari,hari bertukar minggu,minggu bertukar bulan.....
Begitulah lamanya saya tak meng"update" blog ini.Dalam tempoh yang begitu panjang pelbagai peristiwa pahit dan manis telah tercorek pada lembaran diari kehidupan saya.
Saat menyedihkan bermula dengan sms yang diterima pada 15 Mei 2011 jamp 6.45 petang.Berita mengejutkan itu mengkhabarkan perginya seorang sahabat lama saya di Universiti Malaya dulu ke rahmatullah.Dikhabarkan bahawa beliau meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dideritainya 2 tahun lebih.Innalillah wa inna ilaihi rojiun.Tiada apa yang aku mampu katakan selain dari mendoakan agar rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang soleh.
Friday, May 27, 2011
FENOMENA ALAM
Salam,
Saya bersama rakan (Ustaz Farid) sempat menyaksikan fenomena alam yang agak luar biasa ini.Rugi sebab tak sempat nak rakam.Namun,ada juga yang sempat merakam dan memasukkan di dalam fesbuk.Jd,saya cuma dapat share kepada anda.Kepada pakar dalam bidang falak,bolehlah beri komen anda.
JOM TENGOK di http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=219306141431567&comments
Saya bersama rakan (Ustaz Farid) sempat menyaksikan fenomena alam yang agak luar biasa ini.Rugi sebab tak sempat nak rakam.Namun,ada juga yang sempat merakam dan memasukkan di dalam fesbuk.Jd,saya cuma dapat share kepada anda.Kepada pakar dalam bidang falak,bolehlah beri komen anda.
JOM TENGOK di http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=219306141431567&comments
Sunday, May 22, 2011
Minggu terakhir penggal pertama 2011
Salam,
Minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan semester.Semua guru dan murid begitu sibuk membuat persediaan.Alhamdulillah,semalan (22/5) telah selesai 2 matapelajaran yang melibatkan saya iaitu JAWI dan Pendidikan Agama Islam bagi tahun 2.Hari ini,(23/5)telah selesai satu lagi matapelajaran yang melibatkan saya iaitu Bahasa Arab.Semalam,seorang waris menelefon saya dan bertanya tentang peperiksaan BA.Terfikir di benak fikiran.Alangkah bertanggungjawabnya ibu bapa seperti ini.Alangkah baiknya jika semua ibubapa mempunyai sikap sebegini.Tahniah kepada anda yang bersikap demikian.
Esok (24/5), saya akan menghadiri taklimat data di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu.Mudah2an semua berjalan lancar.
Tuesday, May 3, 2011
Apa yang berlaku sepanjang APRIL?
Salam..
Sedar tak sedar dah sebulan lebih saya tak update blog ni.Sepanjang sebulan berlalu,pelbagai peristiwa pahit manis yang terjadi.
Antaranya..
10/4: Hari lahir aku yang ke...32 :P (Terima kasih kepada rakan2 yang mengingatinya)
13/4: Hari lahir bonda tercinta, Che Som Bt Awang
15/4: Hari lahir puteraku, ADAM SYAMIL yang pertama
28/4: Majlis Persaraan PK1,Cikgu Fuzi Bin Hashim.
28/4: Taklimat Guru Baru 2010/2011
Itulah di antara peristiwa penting dalam bulan April bagi aku.
Mudah2an..dengan usia yang semakin meningkat,amalan juga semakin meningkat.AMIN!
Friday, April 1, 2011
Tazkirah:Hukum menyambut APRIL FOOL
Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
http://www.solihinzubir.com/2011/03/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html
Alhamdulillah...MTQ Peringkat PKG Padang Serai selamat berlansung..
Alhamdulillah...29/3 lepas, MTQ PKG Padang Serai telah selamat dilaksanakan.Sungguhpun ini merupakan kali pertama SK Sungai Seluang menjadi tuan rumah setelah hampir satu abad namun segala berjalan lancar.Ini semua hasil usaha keras semua pihak termasuk guru-guru dan murid-murid SKSS.
Pada tahun ini, SK Taman Ria berjaya memenangi johan keseluruhan MTQ.SK Sungai Seluang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita perempuan yang diwakili oleh Adik Irdina hasil didikan Cikgu Rozidah Binti Sarip.
Yang pasti,SKSS akan menjadi tuan rumah MTQ PKG Padang Serai kali kedua pada tahun hadapan.Mudah2an, tahun hadapan menjanjikan yang terbaik untuk semua.AMin...
Maaf..gambar akan disertakan nanti
Pada tahun ini, SK Taman Ria berjaya memenangi johan keseluruhan MTQ.SK Sungai Seluang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita perempuan yang diwakili oleh Adik Irdina hasil didikan Cikgu Rozidah Binti Sarip.
Yang pasti,SKSS akan menjadi tuan rumah MTQ PKG Padang Serai kali kedua pada tahun hadapan.Mudah2an, tahun hadapan menjanjikan yang terbaik untuk semua.AMin...
Maaf..gambar akan disertakan nanti
Saturday, March 19, 2011
Pemeriksaan Kesihatan Diri
Salam,
Semalam tiba-tiba teringin nak buat pemeriksaan kandungan gula dalam darah,tekanan darah dan kolestrol dalam darah.Maka,bertemankan anak sulung kami ke farmasi berdekatan rumah. Hasil pemeriksaan, didapati kandungan kolestrol dalam darah agak tinggi iaitu 5.8.Agak tinggi kerana kandungan kolestrol dalam badan tidak boleh melebihi 5.
Kepada rakan-rakan,pesanan saya agar kita selalu melakukan pemeriksaan kesihatan diri.Jangan hanya kerana tidak mahu meluangkan masa dan wang ringgit, kita akan ditimpa musibah penyakit.Ingatlah...banyak penyakit menjadi pembunuh dalam diam.
Semalam tiba-tiba teringin nak buat pemeriksaan kandungan gula dalam darah,tekanan darah dan kolestrol dalam darah.Maka,bertemankan anak sulung kami ke farmasi berdekatan rumah. Hasil pemeriksaan, didapati kandungan kolestrol dalam darah agak tinggi iaitu 5.8.Agak tinggi kerana kandungan kolestrol dalam badan tidak boleh melebihi 5.
Kepada rakan-rakan,pesanan saya agar kita selalu melakukan pemeriksaan kesihatan diri.Jangan hanya kerana tidak mahu meluangkan masa dan wang ringgit, kita akan ditimpa musibah penyakit.Ingatlah...banyak penyakit menjadi pembunuh dalam diam.
Tuesday, March 15, 2011
Tazkirah: Iktibar dari kisah Peperangan Tabuk
Salam,
Peperangan Tabuk merupakan peperangan terakhir baginda Rasulullah SAW.Peperangan yang berpunca dari ketamakan kerajaan Rom untuk memusnahkan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW ini berakhir dengan pengunduran tentera musuh sebaik memasuki sempadan Tabuk.Kisah peperangan Tabuk mempunyai banyak pengajaran kepada umat Islam terutamanya kisah 3 orang mukmin yang enggan turut serta menghadapi musuh Allah sehinggakan Rasulullah dan para sabahat yang yang memulau mereka selama 50 hari.Kisah peperangan ini menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam akan sentiasa berhadapan dengan pertembungan di antara yang hak dan yang batil.Kadangkala, jiwa kita yang lemah mudah sahaja tergoda dengan ganjaran yang sedikit berbanding dengan ganjaran yang lebih besar dan lebih kekal.
Menyoroti kisah 3 orang sahabat( Ka’ab Bin Malik, Mararah al Rabi’ dan Hilal b Umaiyah) yang tidak turut serta di dalam jihad tersebut,mari kita kutip sedikit pengajaran dari hukuman yang telah mereka terima.(dipetik dari sumber)
Kenapa Ka’ab dihukum?
Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) tetapi Ka’ab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Ka’ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.
Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.
2. Bai’ah berjihad dengan Allah
Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah, ayat 111.
3. Pengorbanan pada masa paling runcing
Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi. Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?
4. Ka’ab buta di hujung hayatnya
Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Ka’ab yang menjaganya kerana beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para du’at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.
5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan
Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka’ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.
6. Antara Bai’ah Aqabah dan Badar
Ka’ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai’ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka’ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Bai’ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai’ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.
7. Kepentingan persediaan secukupnya
Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.
8. Bertangguh itu bahaya
Jangan amalkan sikap ‘I can if want to do it now’, kerana itulah kesilapan Ka’ab. Ka’ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad’u, menyiapkan bahan, merencana program.
9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan
Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka’ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka’ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka’ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.
10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan
Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu. Para du’at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka’ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata ‘Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu’.
11. Kepentingan berkata benar
Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’. Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.
12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar
Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka’ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.
13. Berhati-hati memberi nasihat
Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka’ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka’ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Ka’ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen ‘menjaga kaum kerabat’ walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.
14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman
Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu. Ka’ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.
15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan
Ka’ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka’ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka’ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.
16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman
Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka’b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka’ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka’ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.
17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya
Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka’ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka’ab.
18. Ukhuwwah yang agung
Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka’ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka’ab untuk memberitahunya. Ka’ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka’ab, ‘Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui’.
19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima
Ka’ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka’ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.
20. Tiada perkataan ‘cukup’ dalam dakwah
Jangan berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Ka’ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.
21. Enam peringkat keimanan muslim
Terbahagi kepada 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.
3 peringkat mukmin:
i. taat sepenuhnya
ii. golongan yang mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi tetapi diteguhkan kembali pendiriannya.
iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman tetapi kerana ada penghalang.
3 peringkat munafiq:
i. nifaq yang berlembut tetapi tetap tidak jujur, sering beralasan untuk berlepas diri.
ii. nifaq yang berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.
iii. nifaq yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Islam - contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yang boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul mendapat tahu tentang hal ini lalu baginda mengarahkan rumah itu dibakar.
Saturday, March 12, 2011
Merentas Desa dan Mewarna SK Sungai Seluang 2011
Wednesday, March 9, 2011
SKSS Naik Johan dan Ketiga Pertandingan Sepak Takraw PKG Padang Serai 2011
Agak terlambat berkongsi kegembiraan ini.
Pada 2/3/2011 (seminggu dah),SKSS berjaya merangkul kedudukan Naib Johan dan Ketiga Pertandingan Sepak Takraw Peringkat PKG Padang Serai.Tahniah buat Ustaz Farid Abdullah (Yet)kerana SK Jalan Paya Besar berjaya merangkul Juara.Tahun ni kami bagi hangpa johan yet.Tahun lepas kami johan dah..hehe..Tahniah juga kepada SK Guar Lobak kerana berkongsi tempat ke-3.
Di antara aksi SKSS
Salam,
Pada 2/3/2011 (seminggu dah),SKSS berjaya merangkul kedudukan Naib Johan dan Ketiga Pertandingan Sepak Takraw Peringkat PKG Padang Serai.Tahniah buat Ustaz Farid Abdullah (Yet)kerana SK Jalan Paya Besar berjaya merangkul Juara.Tahun ni kami bagi hangpa johan yet.Tahun lepas kami johan dah..hehe..Tahniah juga kepada SK Guar Lobak kerana berkongsi tempat ke-3.
Di antara aksi SKSS
Salam,
Ceramah Anti Dadah SK Sungai Seluang
Hari ini SKSS telah mengadakan ceramah Anti Dadah.Ceramah telah berlansung di dua lokasi secara serentak iaitu di Dewan SKSS dan Surau Al-Huda SKSS.
Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi berakhir pada jam 10.30 pagi. Menjadi harapan semua guru SKSS agar ceramah ini mampu memberi kesedaran kepada warga SKSS tentang bahaya najis dadah.
Tahniah buat Cikgu Junid dan warga kerja Bulan Anti Dadah Peringkat SKSS dengan penganjuran ceramah ini.
Harap target 1000 tandatangan Kami Benci dadah dapat direalisasikan!amin
Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi berakhir pada jam 10.30 pagi. Menjadi harapan semua guru SKSS agar ceramah ini mampu memberi kesedaran kepada warga SKSS tentang bahaya najis dadah.
Tahniah buat Cikgu Junid dan warga kerja Bulan Anti Dadah Peringkat SKSS dengan penganjuran ceramah ini.
Harap target 1000 tandatangan Kami Benci dadah dapat direalisasikan!amin
Tuesday, March 8, 2011
Bila masa pulak memandu kereta kena pakai topi keledar?!
Semalam saya menerima email dari PDRM.Email diterima setelah hampir seminggu saya membuat semakan saman secara online.Saya tak kisah pasal kelewatan email yang diterima, tapi kisah dengan isi kandungan email tersebut.
Kandungan email berbuny:
BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 28/02/2011
POLIS: KBC3477 Saman 1 31/10/2005 10:49:00 AM KANGAR TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR RM 70 1-FF344123.
KBC 3477 ialah sebuah kereta kancil. Saman pulak di Kangar sedangkan saya di Kulim.
Mana mungkin memandu kereta mesti pakai helmet. Lagi pun saya ni bukan pemandu Rally Dakar atau yang sewaktu dengannya.
Namun itulah keadaannya.Bila terdesak untuk menambah hasil pendapatan negara.
Nak saman, samanlah.Asalkan kena pada tempat!Jika tidak, ZALIM namanya.
Tuesday, March 1, 2011
Permainan Sepak Takraw
Saya adalah peminat sepak takraw tegar.Esok saya mengiringi pemain-pemain sepak takraw SKSS ke pertandingan.Jadi,saya berkongsi maklumat tentang permainan ini.
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak
diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.
Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik.
Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya lebih diterima di peringkat antarabangsa.
BAGAIMANA SEPAK TAKRAW DIMAINKAN
Sepak takraw dimainkan dengan menyepak atau menanduk bola untuk melepasi jaring dan masuk ke gelanggang lawan. Pemain menggunakan kaki untuk menyepak, merejam atau mengawal bola. Kepala pula digunakan untuk menanduk atau mengawal bola. Anggota badan seperti bahu, dada dan peha juga boleh digunakan dalam permainan ini, kecuali tangan. Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu pemain yang berada di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili oleh tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain sahaja. Matlamat permainan sepak takraw ini ialah setiap regu akan berusaha mematikan bola di gelanggang lawan sehingga mencapai mata penamat iaitu 21.
PERATURAN PERMAINAN
1 Tiga Sentuhan
Apabila menerima bola daripada pihak lawan, pemain memainkan bola sebanyak tiga kali sentuhan sebelum dihantar semula ke gelanggang lawan. Sentuhan yang biasa dilakukan adalah seperti berikut
(a) Sentuhan pertama – mengawal bola
(b) Sentuhan kedua – mengumpan
(c) Sentuhan ketiga – rejaman
2 Sepakan Servis
3 Kesalahan Pemain
4 Kiraan Mata
Servis oleh tekong dilakukan bagi meneruskan permainan untuk mengutip mata. Bola yang diservis mesti melepasi jaring walaupun menyentuh bahagian atas jaring dan hendaklah lepas memasuki gelanggang lawan. Semasa servis dilakukan, tekong dan kedua-dua pemain apit tidak dibenarkan memijak garisan tepi atau bulatan.
Menyentuh jaring ketika permainan berjalan, adalah satu kesalahan. Mata atau servis akan diberikan kepada pihak lawan,
jika perkara ini berlaku. Setiap permainan dimainkan dalam dua pusingan. Jika kedudukan perlawan seri (1-1), permainan diteruskan dalam pusingan ketiga (rubber set). Skor atau mata bagi setiap pusingan dikira dalam 21 mata.
Salah satu kesalahan yang perlu dielakkan tekong ialah memijak garisan bulatan semasa membuat servis.
5 Pertukaran Gelanggang
Pertukaran gelanggang akan dilakukan bagi setiap pusingan. Jika berlaku permainan atau kedudukan mata seri 1-1, permainan diteruskan dalam pusingan ketiga. Dalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai lapan mata, pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiraan mata kemudian diteruskan sehingga ke mata penamat.
sumber
Saturday, February 26, 2011
Ujian Bulan MAC 2011
Hampir 3 bulan memulakan sesi persekolahan,maka pada minggu ini bermulalah Ujiaan Bulanan MAC di sekolah ku.
Ujian bermula pada 1 Mac 2011 iaitu pada hari Selasa.Kertas Bahasa Arab Tahap 1 ialah pada hari Selasa, manaka Pendidikan Islam bagi Tahap 1 ialah hari Rabu.
Doaku,moga-moga anak-anak didikku dapat menjawab soalan ujian dengan tenang dan dipermudahkan urusan mereka.
Tiada jalan pintas untuk berjaya wahai anak-anakku.
Maka,berusahalah selagi terdaya.Jangan mengalah sebelum berjuang.
Doa saya mengiringi kalian!
Thursday, February 24, 2011
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2011 PKG Padang Serai
Tahun ini, sekolah saya telah terpilih sebagai tuan rumah MTQ Peringkat PKG Padang Serai. Alhamdulillah menurut perancangan awal (meeting 22/2),ianya akan berlansung pada 31 Mac 2011.Acara yang akan dipertandingkan ialah:
1.Tilawah Al-Quran -Lelaki
-Perempuan
2.Hafazan - Lelaki
- Perempuan
3.Kuiz
4.Nasyid
5.Becerita - Lelaki
- Perempuan
Namun, sebarang perubahan mungkin berlaku. Kita tunggu keputusan meeting orang-orang besaq noo..
Julung-julung kali menjadi tuan rumah sudah tentunya menuntut pengorbanan yang besar.Apa pun, tahniah kepada KPPI SKSS tahun ini, Ustaz Ridzuan Bin Seman di atas perlantikan sebagai KP yang baru.Mudah2an MTQ kali ini memberikan kesan yang positif kepada semua pihak dalam memartabatkan kesenian Islam.
1.Tilawah Al-Quran -Lelaki
-Perempuan
2.Hafazan - Lelaki
- Perempuan
3.Kuiz
4.Nasyid
5.Becerita - Lelaki
- Perempuan
Namun, sebarang perubahan mungkin berlaku. Kita tunggu keputusan meeting orang-orang besaq noo..
Julung-julung kali menjadi tuan rumah sudah tentunya menuntut pengorbanan yang besar.Apa pun, tahniah kepada KPPI SKSS tahun ini, Ustaz Ridzuan Bin Seman di atas perlantikan sebagai KP yang baru.Mudah2an MTQ kali ini memberikan kesan yang positif kepada semua pihak dalam memartabatkan kesenian Islam.
Sunday, February 20, 2011
Tuesday, February 8, 2011
TIPS: Sabar ketika MARAH
Salam
Jumaat harini elok juga buat sesuatu yg mendatangkan ilmu pada para pambaca kan? Jeng jeng jeng!!
Semalam, aku hilang sabar. Aku cuba kawal tona suara supaya pitching takdelah tinggi sangat yg akan menjerumus kepada sesi per-tengking-an (wahh wujud ke perkataan ni?). Tapi satu yg aku tak boleh nak kawal. Riak muka aku yg nampak sgt garis kemarahan. Agak susah nak cover senyum dengan muka ketat semacam tu.
Korang pernah mengalami keadaan begitu, bukan? Macam mana kau kawal? Ok aku bukanlah bijak pandai nak bagi perturun ilmu segala. Cukuplah sekadar berkongsi apa yg aku ada sahaja.
Dalam keadaan MARAH, kita akan lakukan banyak perkara di LUAR SEDAR sehingga tak sedar actions kita tu akan menakutkan orang. Ok la possible kalau nak gertak semua. Tapi, jangan action je lebih, tindakan susulan tak ada. Tak guna jugak ok!
Pertamanya, kalau dalam keadaan MARAH, cuba-sebaik mungkin-BERFIKIR DENGAN RASIONAL. Tolong jangan sesekali bertindak membuta tuli. Tarik nafas, penuhkan minda dengan oksigen, lantas otak kita boleh berfungsi dengan baik. Pemikiran yg baik akan menyumbang kepada tindakan yang betul.
Keduanya, kita mulakan dengan TEGUR dahulu. Cuba ubah tona suara. Tegas tetapi tak perlu menengking. Tengking bukan sahaja akan menyebabkan orang tak selesa, tapi kau juga yg lelah, penat semua. Beri teguran berbaur SINDIRAN dulu. Kalau boleh kaw-kaw, kau bubuh kaw kaw! Seterusnya, kalau masih tak jalan, TINGGI KAN SUARA dengan nada tegas-tapi sekali lagi bukan menengking.
Selepas itu, barulah cuba perlahan-lahan senyum. Cuba ubati kemarahan itu dengan segaris senyuman!
Kalau kita tegur dengan berhemah, InsyaAllah orang akan hormat kita berbanding terpekik terlolong macam polong sesat ok. Cuba rasional—sekali lagi aku tulis perkataan ni, maknanya rasional itu sangat penting! Jangan asyik fikirkan SEBAB, tetapi fikirkan AKIBAT nya juga.
Semuanya terletak pada minda kita. Kalau kita boleh kawal kemarahan kita tu, InsyaAllah kuranglah kita lakukan perkara yang tak sepatutnya.
Berfikir guna AKAL, bukan HATI.
ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK..
sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)